Laman Utama
Risalah Portal (PDF)
Kalendar Persekolahan

Falsafah PIBG
Objektif PIBG
Matlamat PIBG
Rasional PIBG

Apa itu ePIBG?
Apa ada dalam ePIBG?
Siapa pengguna ePIBG?
Maklumat Am
Langganan
Syarat-syarat
Polisi
Penafian
Soalan Lazim Ditanya (FAQ)
:: Maklumat Am ::

Selamat Datang ke ePIBG (Portal Persatuan Ibu Bapa & Guru). Portal ini dibangunkan khusus untuk kegunaan pihak pengurusan PIBG sekolah di Malaysia bagi membantu pengurusan dan memantapkan keberkesanan organisasi tersebut.

Sebagaimana yang diketahui, PIBG merupakan satu persatuan yang wajib ada pada setiap sekolah dan ianya didaftarkan dengan Pendaftar Sekolah. Setiap persatuan tersebut, mesti mempunyai maklumat ahli jawatankuasa (AJK), mesyuarat, kewangan dan aktiviti yang dijalankan.Pada masa ini, kebanyakan PIBG masih menggunakan cara manual dalam penyimpanan maklumat dan mentadbirkan operasi. Pertukaran AJK yang kerap (setiap tahun) turut dijangka akan menimbulkan masalah terutamanya dalam aspek pengurusan.

Sehubungan itu, satu sistem yang mudah bertukar tangan dan tanpa masalah adalah diperlukan bagi mengatasi masalah semasa peralihan jawatankuasa.Sistem portal ini direka khas untuk membantu PIBG bagi mempiawaikan format laporan, minit mesyuarat dan penyimpanan rekod kewangan walaupun pentadbiran persatuan ini kerap bertukar tangan. Dengan bantuan aplikasi yang disediakan, tugas-tugas setiausaha agong dan bendahari menjadi lebih mudah seperti :

  • Laporan kewangan dan minit mesyuarat dapat dapat dicetak pada bila-bila masa dengan mudah.
  • Panggilan mesyuarat agong dan mesyuarat AJK boleh dicetak dan dipaparkan dalam portal.
  • Pungutan usul boleh dibuat secara on-line.
  • Aktviti-aktiviti PIBG boleh dipaparkan dalam portal untuk pengetahuan ibubapa.
  • Ibubapa juga boleh menghantar aduan atau cadangan terus kepada PIBG secara on-line.
  • Cadangan atau aduan yang diterimapakai boleh dipaparkan kepada umum.

Selain itu, portal ini juga memberi kemudahan kepada sekolah untuk memaparkan aktiviti serta pencapaian sekolah kepada umum. Secara tidak langsung, laman web PIBG boleh menjadi laman web sekolah-sekolah.Akhir sekali, matlamat ePIBG ini adalah untuk menjadi 'one-stop centre' kepada ibu bapa untuk meninjau prestasi sekolah anak-anak mereka.

Telah diuji dengan Internet Explorer 6 dan paparan terbaik dengan resolusi 1024 x 768

©2010, Hakcipta Terpelihara.
Rekabentuk, Struktur & Aplikasi oleh Ik-One Biz Sdn. Bhd.
Laman ini tertakluk kepada penafian dan polisi yang telah ditetapkan.